Lawatan Kehormat FBI ke Institusi dan Industri

KHAMIS I 21 JULAI 2022 - Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) telah mengadakan kunjungan hormat ke institusi dan industri di Lembah Klang. Kunjungan hormat tersebut berlangsung dari 18 – 21 Julai 2022. Antara institusi dan industri yang dilawati ialah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), TV Al Hijrah, Kedutaan Arab Saudi (Kebudayaan dan Pendidikan), Institut Pendidikan Guru Malaysia, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, dan Akademi Pengajian Bahasa, UITM Shah Alam.

Lawatan ini dibuat dengan beberapa objektif iaitu untuk memuktamadkan penubuhan Pusat Terjemahan dan Manuskrip UMK-ITBM, untuk meningkatkan kerjasama antara FBI dan institusi dan industri melalui MoU dan MoA, untuk meneroka kemungkinan mobiliti dan aktiviti pelajar, penempatan untuk latihan industri pelajar FBI, serta kerjasama lain yang berkaitan dengan pelajar.

Lawatan tersebut diketuai oleh Dekan FBI, Dr Burhan Bin Che Daud, bersama timbalan-timbalan dekan dan kakitangan pengurusan FBI yang lain.